JADIKAN HANDPHONE ANDA SEBAGAI ASET YANG MEMBERIKAN PENDAPATAN BUKANNYA LIABILITI YANG MEMBEBANKAN
Daripada :
Dosrin Motiun
0135581581
Kota Kinabalu, Sabah
Salam sejahtera, salam perkenalan dan selamat datang ke blog saya ini.
Disini saya ingin memperkenalkan anda satu peluang perniagaan yang sangat mudah, dengan pasarannya yang amat luas, modal yang kecil, tidak ada risiko, dan istimewanya kerana ianya adalah pendapatan pasif.
Ya, tentunya anda adalah seorang pengguna handphone yang membelanjakan sejumlah wang setiap bulan untuk membeli topup. Sedarkah anda bahawa perbelanjaan anda itu sebenarnya adalah satu kerugian kerana anda terus membelanjakan wang anda setiap bulan tetapi anda sama sekali tidak pernah dibayar oleh syarikat simkad anda itu walau 1 sen pun.
Sebab itu, saya ingin mengajak anda untuk bertukar kepada simkad Tone Excel kerana inilah simkad yang bukan sahaja menawarkan terlalu banyak keistimewaan tetapi juga menyediakan peluang perniagaan yang membolehkan kita menjana pendapatan lumayan setiap bulan.
![]() |
| Simkad Tone Excel |
Baiklah, silakan menonton dahulu petikan video daripada Buletin TV3 tentang bisnes Tone Excel ini.
Sebelum menerangkan lebih lanjut bagaimana peluang perniagaan dan pendapatan yang bakal anda nikmati, mari kita berkenalan dahulu dengan simkad Tone Excel ini.
Apa itu simkad Tone Excel?
Ianya adalah simkad prepaid yang dari segi fungsinya sama seperti mana-mana simkad yang ada dinegara kita. Ianya boleh membuat call, sms mahupun melayari internet.
Ianya menggunakan rangkaian TuneTalk yang beroperasi melalui pemancar Celcom. Dimana ada rangkaian celcom maka disitu ada rangkaian TuneTalk(boleh dipakai diseluruh negara).
Topupnya adalah menggunakan topup TuneTalk dan ianya boleh didapati dimana sahaja kedai alat telekomunikasi termasuklah kedai Seven Eleven, stesen minyak, pasaraya Giant, melalui mesin ATM, online banking mahupun dikedai-kedai runcit(hanya perlu sebut topup tunetalk apabila membelinya)
![]() |
| Antara lokasi untuk membeli topup TuneTalk |
Dari segi kadar penggunaan pula, kadar panggilan adalah 28sen seminit untuk ke semua rangkaian manakala untuk SMS pula kadarnya ialah 12sen untuk setiap satu SMS juga untuk ke semua rangkaian. Untuk data internet, kadarnya ialah RM28 dengan kuota untuk 1.5GB sebulan.
Kesitimewaan simkad Tone Excel
Dengan simkad Tone Excel anda adalah pengguna bijak kerana anda bukan sahaja dapat menjana pendapatan tetapi anda juga menikmati pelbagai faedah berbaloi yang sama sekali tidak terdapat pada mana-mana simkad yang ada dinegara kita.
Berikut adalah 7 keistimewaan utama yang ada pada simkad Tone Excel ini :
1. Percuma Insurans Kemalangan RM50,000.00 daripada Etiqa Takaful
Pertama sekali, sekiranya berlaku kemalangan kenderaan 4 roda yang menyebabkan kehilangan nyawa atau kecacatan kekal anda akan diberi pampasan sebanyak 50 ribu secara percuma oleh takaful insurans.
Syaratnya ialah anda hanya perlu topup simkad Tone Excel anda sekurang-kurangnya RM50 sebulan.
2. Setiap kali topup dapat BIG POINT
Kedua, setiap kali anda topup, tidak kira berapa nilai sekalipun anda akan mendapat nilai point seperti berikut:
3. Promosi Topup
Kelebihan yang seterusnya ialah setiap kali anda topup simkad anda dalam nilai tertentu seperti dalam gambar dibawah, anda akan diberikan freebies atau ganjaran seperti berikut:
Dengan kelebihan ini bermakna anda dapat menjimatkan wang dan kredit anda kerana anda tidak perlu topup berulangkali dalam sebulan. Anda boleh menggunakan dahulu data percuma tersebut sebelum melanggan sekiranya perlu.
Walaubagaimanapun promosi topup ini adalah berubah-ubah bergantung kepada promosi semasa oleh syarikat.
4. Topup Cash Back
Belum pernah mana-mana syarikat telekomunikasi dinegara kita yang membayar kembali penggunanya walau 1 sen pun tetapi di Tone Excel sekiranya nilai topup anda mencecah RM30 sebulan atau lebih maka anda layak menikmati kadar pulangan seperti berikut:
Lihat, ini sebenarnya adalah satu bentuk penjimatan meskipun mungkin anda berkata "apalah sangat pulangan 3% atau 7% itu bukan banyak sangat pun" tetapi jangan lupa bahawa anda mungkin akan terus menggunakan handphone untuk seumur hidup anda yang mana jika dijumlahkan semua pulangan tersebut sudah pasti ianya bernilai ratusan malah ribuan ringgit bergantung kepada perbelanjaan topup anda selama tempoh tersebut.
5. Pinjaman pelajaran, pinjaman perubatan tanpa faedah dan biasiwa pelajaran sehingga 60k
Ibu bapa yang aktif menjalankan bisnes Tone Excel melebihi setahun adalah layak untuk membuat pinjaman pelajaran dan perubatan sebanyak RM10,000.00 tanpa dikenakan sebarang faedah yang mana cara bayaran baliknya juga hanya ditolak daripada pendapatan komisyen seseorang ahli Tone Excel tersebut.
Bukan itu sahaja sekiranya ada anak ahli Tone Excel yang cemerlang dalam pelajaran dan melanjutkan pelajaran dimana-mana universiti tempatan ibu-bapa pelajar tersebut boleh memohon biasiswa sehingga RM60,000.00 daripada Tone Excel.
Untuk mengetahui lebih lanjut tentang pinjaman dan biasiswa ini silakan muat turun dokumen pdf mengenai terma dan syarat pinjaman atau biasiswa berkenaan.
Pinjaman Pelajaran : download
Pinjaman Perubatan : download
Biasiswa Pelajaran 60K : download
6. Boleh kekalkan nombor sedia ada
Semasa anda mendaftar anda boleh memilih sama ada mengekalkan nombor sedia ada ataupun mengambil nombor baru.
Anda sangat digalakkan untuk mengekalkan nombor sedia ada supaya anda tidak perlu terbeban membeli topup untuk simkad anda yang lain sekiranya anda mempunyai beberapa simkad selain simkad Tone Excel ini.
Kelebihan apabila anda memilih untuk mengekalkan nombor sedia ada dan dalam masa yang sama anda menjadi ahli yang aktif maka anda adalah layak dan berpeluang untuk menjadi antara pemenang Kempen Peraduan Kekal Nombor Lama dengan hadiah antaranya wang tunai, kereta mewah, motorsikal berkuasa tinggi, smartphone dan banyak lagi.
![]() |
| Antara hadiah yang ditawarkan pada beberapa siri peraduan kempen port ini yang lalu. |
7. Peluang Perniagaan
Meskipun tidak menyebutnya awal-awal tetapi inilah keistimewaan utama yang ada pada simkad Tone Excel kerana adanya peluang perniagaan yang membolehkan kita menjana pendapatan pasif secara bulanan.
Peluang perniagaan yang dimaksudkan ialah anda boleh mengedarkan simkad Tone Excel ini kepada orang ramai dan dengan itu anda akan dibayar oleh syarikat kerana telah membantu untuk mengembangkan perniagaan dengan menambahkan bilangan penggunanya.
Sebagai pengguna Tone Excel anda akan mendapat nombor keahlian dan dengan nombor keahlian tersebut anda boleh mendaftarkan pengguna baru dibawah anda.
Dengan demikian anda akan menikmati beberapa bentuk pendapatan seperti berikut :
1. Fast Track Bonus
Setiap kali anda mendaftarkan pengguna baru maka anda akan dibayar sebanyak RM15 seorang.
Selain itu, anda juga akan mendapat tambahan insentif sebanyak RM1.5 sekiranya anda melakukan pendaftaran melalui application Tone group. Sebelum itu, anda perlu download dahulu application tersebut di play store dengan kata kunci Tone Group.
Untuk bonus fast track ini, ia akan dibayar dua kali sebulan iaitu pada setiap 31hb jika anda menaja dari 1hb sehingga 15hb ataupun pada 11hb seterusnya jika anda menaja pada 16 sehingga 31hb.
2. Komisyen Topup
Inilah pendapatan yang utama dan terbesar dalam Tone Excel ini kerana anda akan menikmati komisyen topup selagi mereka yang anda daftarkan itu topup simkad Tone Excel mereka.
Ya, jika mereka menggunakan simkad tersebut selama 10 tahun maka 10 tahun jugalah anda menikmati komisyen daripada syarikat. Jika mereka menggunakan selama hidup mereka maka selama itu juga anda dibayar oleh syarikat selagi simkad anda tidak expire.
Kadar komisyen yang anda akan nikmati adalah bergantung kepada nilai penggunaan topup anda sendiri dalam sebualan seperti berikut:
A. Jika anda topup RM20 sehingga RM59.99
Level 1 : 6%
Level 2 : 3%
Level 3 : 10%
B. Jika anda topup RM60 dan keatas
Level 1 : 10%
Level 2 : 3%
Level 3 : 13%
Untuk lebih jelas perhatikan gambar dibawah:
Penerangan:
Level 1 adalah mereka yang anda daftarkan dibawah anda, level 2 adalah adalah mereka yang didaftarkan oleh level 1 anda dan level 3 adalah mereka yang didaftakan oleh level 2 anda.
Kesemua level ini adalah rangkaian anda dan daripada mereka inilah anda akan menikmati komisyen dengan kadar tertentu seperti dalam gambar apabila mereka topup simkad mereka.
Contoh pendapatan adalah seperti dibawah dengan andaian setiap seorang masing-masing mendaftarkan 10 orang dibawah mereka
Nota: Pendapatan komisyen ini akan dibayar pada setiap 21hb dengan syarat anda sendiri terlebih dahulu sudah topup simkad anda minima RM20 sebulan.
3. Bonus Tahunan
Satu lagi pendapatan yang anda boleh nikmati ialah Bonus Tahunan. Bonus ini adalah sebagai menghargai kerja dan usaha anda sepanjang tahun untuk menambah bilangan pengguna simkad Tone Excel ini.
Bonus ini dikira setiap bulan dan kadarnya adalah berdasarkan kepada bilangan pendaftaran anda dan pendapatan komisyen anda pada satu-satu bulan tersebut seperti berikut:
Pembayaran bonus tahunan ini akan dibuat sekali setahun iaitu pada setiap 21hb Januari tahun berikutnya.
Kesimpulannya ada 3 jenis pendapatan yang akan anda nikmati dalam bisnes Tone Excel ini yakni, Fast Track Bonus, Komisyen Topup dan juga Bonus Tahunan.
Seterusnya silakan melihat dahulu beberapa petikan video dan akhbar tempatan seperti dibawah tentang program Tone Excel ini sebagai bukti bahawa program ini adalah benar dan sahih disisi undang-undang.
Liputan Media
Program Tone Excel sejak ditubuhkan pada 2010 telah berulangkali ditayangkan kepada umum sama ada melalui media massa mahupun media cetak.
Silakan menonton petikan berita oleh Buletin TV3 pada 2016 seperti dibawah :
![]() |
| Petikan akhbar Berita Harian pada 2014 |
Testimonial
Tone Excel telah mula beroperasi sejak 2010 dan dalam tempoh tersebut telah ramai ahli yang berjaya mengubah kehidupan mereka dalam masa yang singkat.
Salah seorangnya ialah jutawan muda encik Muhammad Naim dengan pendapatan bulanan mencecah 6 angka sebulan.
Silakan menonton video testimonial beliau seperti dibawah:
Baiklah silakan menonton lagi testimonial top earner income dalam Tone Excel iaitu sifu Mazelan Abas dengan pendapatan melebihi RM500,000.00 sebulan.
Bagi anda yang mungkin berpendapat bisnes Tone Excel ini hanya menguntungkan upline seperti bisnes MLM yang lain sememangnya anda silap kerana untuk pengetahuan anda Mazelan Abas adalah ahli Tone Excel yang ke-8694 tetapi beliau hanya mengambil masa kurang dari 5 bulan untuk mengatasi pendapatan ahli Tone Excel yang menyertai lebih awal dari beliau justeru beliau menjalankan bisnes Tone Excel dengan serius dan konsisten.
Sifu Mazelan Abas, mentor Tone Excel Malaysia
Gambar dibawah adalah screenshoot akaun cimbcliks yang dikongsikan oleh sifu Mazelan Abas pada jun 2015 kepada netizen sebagai bukti bahawa bisnes Tone Excel ini adalah benar dan terbaik di Malaysia sehingga hari ini.
Ada ramai lagi ahli Tone Excel yang sudah berjaya dalam program ini. Anda boleh membaca testimonial mereka seperti disini(klik).
Silakan melihat pengiktirafan daripada KWSP kepada Tone Excel sebagai Majikan Terbaik 2016 justeru Tone Excel sentiasa konsisten dalam membayar pendapatan kepada semua ahlinya.
Jadi bagaimana? Adakah anda sudah bersedia menyertai Tone Excel? Tepuk dada tanya selera semuanya sudah dijelaskan berserta bukti sekarang hanyalah keputusan daripada anda sama ada mahu menyertai atau sebaliknya.
Baiklah sampai disini dahulu perkongsian saya dalam diblog ini, jika anda berminat untuk menyertai silakan tekan gambar dibawah untuk panduan langkah-langkah menyertai Tone Excel ini.
Sekian dari saya, terima kasih kerana meluangkan masa untuk membaca perkongsian saya ini. Semoga dengan perkongsian ini dapat memberi input yang berharga kepada anda.
Akhir kata silakan menghubungi saya sekiranya anda berminat untuk menyertai Tone Excel ini.
Hubungi nombor handphone saya seperti dibawah:
Sekian dan terima kasih.!!!
Penafian
Blog ini adalah blog peribadi yang saya cipta sendiri untuk memperkenalkan simkad Tone Excel kepada orang ramai. Blog ini tidak mewakili secara langsung syarikat Tone Excel atau mana-mana individu melainkan saya sendiri. Sekiranya terdapat sebarang kekeliruan anda boleh terus merujuk diwebsite rasmi Tone Excel seperti di alamat url berikut : https://www.tonegroup.net/earn-with-us-tone-excel
























